Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Bukan Pakatan Harapan yang berjanji untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaliknya Pas.

Lantaran itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan meminta Datuk Seri Najib Razak belajar membaca dengan teliti sebelum membuat komentar mengenai dasar Kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu turut menunding jari kepada Najib yang didakwa telah merosakkan orang Melayu.

Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataannya berkata, semakin ramai anak-anak Melayu yang dibentuk pada zaman Najib enggan membayar hutang.

Malah, Wan Saiful turut membuat dakwaan bahawa Najib memang suka berhutang untuk membiayai hidup dan aktiviti mewah beliau, isteri, anak-anak dan sekutu politik.

Dan, beliau menyifatkan peminjam PTPTN merupakan satu lagi legasi buruk peninggalan pentadbiran Najib kepada negara sehingga terpaksa diselesaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib kemudian menjawab kenyataan Wan Saiful dengan mempertahankan Pakatan Harapan yang menghasut orang ramai selama 10 tahun untuk tidak membayar PTPTN kerana berjanji akan mansuhkannya tetapi tiba-tiba beliau pula dipersalahkan. – MalaysiaGazette