Eden Hazard.

ENGLAND – Penyerang Chelsea Eden Hazard mampu menjaring 40 gol musim ini dan memenangi kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurusnya Maurizio Sarri berkata, keupayaan Hazard menjaringkan hatrik menentang Cardiff City pada Sabtu membolehkan pemain itu marangkul kasut emas.

Penyerang antarabangsa Belgium itu menjaringkan lima gol dalam lima penampilan bersama the Blues.

Sarri juga menyatakan keyakinan Hazard mampu muncul sebagai pemain terbaik Eropah.

“Kami telah berbincang dan ada memaklumkan dia mampu menjaringkan 40 gol musim ini.

“Dia perlu memperbaiki beberapa perkara tetapi dia mampu melakukannya,” kataya.

Hazard menyertai Chelsea pada 2012 dan menjaringkan 94 gol bersama kelab.

Namun dia tidak pernah menjaringkan 20 atau lebih gol dalam satu musim di Stamford Bridge setakat ini.

Pada musim EPL 2014/2015, dia menjaringkan 19 gol bersama Chelsea dan 17 gol masing masing musim 2015/16 dan 2016/17.

Musim lalu penyerang Liverpool Mohamed Salah menang kasut emas dengan 32 gol sepanjang musim dan 44 gol dalam semua perlawanan di Anfield.- MalaysiaGazette