Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 421 dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, diserahkan kepada pihak pembelaan untuk digunakan bagi tujuan perbicaraan.
- Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu, kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy itu, telah difailkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi oleh pihak pendakwaan.

KUALA LUMPUR – Para pendakwa raya dan pakar dalam pemerolehan semua aset dan penyiasat dari Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland akan memberi bantuan selanjutnya dalam menangani jenayah dan penipuan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata sepakat itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dianjurkan Jabatan Peguam Negara bersama-sama pihak berkenaan.

Menurutnya, para peserta sedar akan kepentingan dan usaha sama dan kerjasama segera rentas sempadan dalam hal membanteras jenayah yang dilakukan pada peringkat antarabangsa dan merentasi sempadan negara.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para delegasi dari luar negara atas kesudian mereka memberikan bantuan selanjutnya dalam menentang penipuan dan jenayah transnasional dan yakin mesyuarat kali ini akan menjadi penanda aras kepada usaha yang lebih besar lagipada masa akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette