Pierre-Emerick Aubameyang.

LONDON – Dua bekas kapten dan pemain kebangsaan, Pierre Aubame dan Daniel Cousin dilantik sebagai jurulatih dan pengurus Gabon selepas Jose Antonio Camacho dipecat pada minggu lalu.

Eurosport melaporkan pelantikan tersebut disahkan oleh persekutuan bola sepak negara itu.

Aubame adalah bapa penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang manakala Cousin pernah menjadi penyerang di Rangers dan Hull City.

Seorang lagi bekas ketua pasukan kebangsaan, Francois Amegasse pula mengambil alih jawatan Cousin.

Kenyataan daripada federasi bola sepak Gabon memaklumkan pihaknya berharap tiga bekas kapten itu akan menurunkan pengalaman mereka kepada para pemain.

Camachi merupakan bekas jurulatih Sepanyol dipecat pada minggu lalu kerana hanya meraih dua kemenangan daripada 17 perlawanan sejak mengambil alih pasukan itu dua tahun lalu. – MalaysiaGazette