TERKINI : “Duta-duta Besar Lantikan BN ditamatkan Perkhidmatan Serta-merta” – Tun Mahathir

Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara sedia ada yang dilantik ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) dalam kalangan ahli politik akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu bagi memastikan amalan lantikan politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak diwarisi dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH).