Ribut melanda Ottawa

OTTAWA – Ribut yang membawa angin selaju 190 kilometer sejam melanda Ottawa, Kanada sejak semalam menyebabkan 150,000 penduduk terpaksa bergelap.

Malah, beratus-ratus rumah musnah teruk dengan bumbung-bumbung berterbangan dibawa angin ribut.

Pelbagai kenderaan serta jalan raya turut rosak dan musnah di setengah bandar sekitar Ottawa ketika ini.

Perdana Menteri Kanda,  Justin Trudeau menggesa penduduk supaya memeriksa jiran yang mungkin memerlukan bantuan.

“Kita telah menghantar bantuan yang diperlukan tetapi kita juga perlukan kerjasama anda untuk pantau keadaan bersama-sama, anda semua perlu siap sedia dan jaga orang sekeliling anda juga.

“Kami sedang memantau keadaan ini dan memikirkan semua yang terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, seorang jurucakap pegawai kecemasan Ottawa memaklumkan kira-kira 30 orang cedera dan lima daripadanya dalam keadaan serius. – Malaysia Gazette