Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 21 SEPTEMBER 2018
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada ahli-ahli PKR yang mencetuskan kekecohan semasa pemilihan parti semalam.

Merujuk kepada indivdu yang bertindak membaling kerusi, Anwar berkata beliau juga akan ‘membaling’ mereka keluar daripada parti.

Saya punya jawapan, orang yang baling kerusi itu, saya akan ‘baling’ keluar dari parti,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2018 anjuran PKR Api-Api di Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.

Tambahnya, keputusan menangguhkan pemilihan parti di beberapa adalah demi memastikan pemilihan dapat dijalankan dengan bersih.

Menurutnya lagi, ia akan memberi ruang kepada jawatankuasa pemilihan parti bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang ada.

“Ada kelemahan-kelemahan dalam pemilihan, sebab itu Kedah semalam dan hari ini Perak, bagi memastikan pemilihan itu bersih…,” jelasnya.

Semalam diumumkan, proses pengundian bagi pemilihan PKR di 4 negeri iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ditangguh ke tarikh lain yang akan ditentukan kemudian berikutan beberapa masalah yang dihadapi ketika proses pengundian berlangsung di Pulau Pinang dan Kedah semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop.

Ismail berkata proses pengundian akan bermula pada 30 Sept di Johor seperti ditetapkan JPP, iaitu selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson.

Demikian juga tarikh pengundian bagi Negeri Sembilan dan Melaka.-MalaysiaGazette