Formula 1 akan memperkenalkan reka bentuk baharu kereta lumba menjelang 2021

LONDON – Formula Satu (F1) mendedahkan rancangannya untuk menambahbaik kualiti perlumbaan sukan permotoran berprestij dunia itu.

Badan sukan permotoran itu bakal memperkenalkan reka bentuk kereta F1 terbaharu menjelang 2021.

Pengerusi Sukan F1, Ross Brawn berkata, objektif utama ialah untuk mengeluarkan kereta yang dapat berlumba dengan lebih mantap.

“Saya sangat optimis kami akan menghasilkan beberapa kereta lumba yang kelihatan hebat dan dapat berlumba dengan lebih mantap berbanding sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, perubahan aerodinamik bermakna kereta lumba F1 berupaya mengejar berbanding sekarang.

F1 berusaha keras untuk menghasilkan reka bentuk baharu kereta F1 sejak setahun lalu.

Bekas presiden Pasukan Mercedes dan Brawn berusia 63 tahun itu menunjukkan tiga reka bentuk konsep berbeza pada Grand Prix Singapura pada Jumaat lalu dan berkata kereta lumba F1 pada 2021 akan memiliki kesemua ciri-ciri jentera F1. – Agensi