Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Harga saham di Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, seiring dengan kebanyakan bursa serantau, dengan pelabur berhati-hati mengenai perkembangan terkini krisis perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.28 mata kepada 1,810.36 daripada 1,810.64 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu dibuka 1.41 mata lebih rendah hari ini.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 136 berbanding 63 manakala 170 kaunter tidak berubah, 1,531 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 78.13 juta unit bernilai RM38.58 juta.

Peniaga berkata, saham Asia dibuka dengan sentimen berhati-hati walaupun dagangan minggu lepas ditutup kukuh.

Ia berikutan laporan berita bahawa China pada Sabtu telah membatalkan pelan perbincangan perdagangan dengan pegawai rasmi AS.

Sementara itu, Maybank IB Research berkata walaupun pasaran terjejas disebabkan kebimbangan kemungkinan perang

perdagangan AS-China memuncak dan pada masa sama ketidaktentuan terus menyelebungi pasaran, namun secara teknikalnya aliran pasaran kekal positif.

“Kami percaya bahawa minat belian semakin baik, dan peningkatan semula yang lebih kukuh seharusnya akan dapat dicatatkan,” katanya dalam nota hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga meningkat empat sen kepada RM15.72, Public Bank susut empat sen kepada RM25.02 dan CIMB Group kurang dua sen kepada RM6.05, manakala Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM9.79 dan RM9.50.

Saham aktif, Borneo Oil naik setengah sen kepada enam sen, Pinehill Pacific menokok 25 sen kepada 69 sen, Sapura Energy dan MQ Technology masing-masing tidak berubah pada 43.5 sen dan 4.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 2.49 mata kepada 12,610.45, FBM 70 bertambah 6.23 mata kepada 14,853.19 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 35.05 mata kepada 12,770.99.

Indeks FBM Ace menokok 27.92 mata kepada 5,232.36 namun Indeks FBMT 100 turun 0.23 mata kepada 12,423.10.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 65.31 mata kepada 17,903.35 dan Indeks Perladangan naik 15.81 mata kepada 7,568.0. – MalaysiaGazette