Seorang pekerja warga asing memeriksa paip konkrit sebelum menjalankan proses pemasangan paip bawah tanah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 NOVEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Majikan Malaysia hanya perlu membayar 20 peratus daripada RM10,000 levi tahunan pekerja asing yang telah lebih 10 tahun bekerja.

Bagaimanapun, polisi itu bagi pekerja asing berkemahiran sahaja dan memohon untuk permit tambahan sehingga tiga tahun lagi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas banyak aduan.

“Jadi kami memutuskan untuk mengenakan perkongsian 80-20, yang mana 20 peratus oleh majikan dan 80 peratus pekerja,” katanya ketika berucap di Persidangan Tahunan Pemaju Hartanah di sini.

Dengan itu, pemaju diharap dapat mengambil pekerja mahir dan melaksanakan latihan bagi meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja supaya dapat mengurangkan kos pemaju.

Pada masa ini, majikan membayar levi sebanyak RM10,000 setahun bagi setiap pekerja asing. – MalaysiaGazette