Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) kelihatan melintasi kubah mahkamah semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad melancarkan MHchat, chatbot baharu yang akan membantu para pengembara menempah dan bayar tiket pesawat melalui aplikasi Facebook Messenger.

Ia adalah hasil kerjasama dengan pemimpin teknologi pengembara dunia, Amadeus IT Group.

Malaysia Airlines berkata, chatbot Amadeus itu adalah satu penyelesaian baharu yang direka bagi memudahkan para penumpang menempah tiket, menjejaki tempahan dan bertanya soalan melalui platform mesej media sosial.

Menurut syarikat penerbangan itu, MHchat akan bertidak sebagai ‘teman rapat pengembara’ yang memahami keperluan pengembara.

Dengan Facebook Messenger, pelanggan-pelanggan Malaysia Airlines boleh menggunakan MHchat boleh bertanya soalan berkaitan dengan tempahan dan ia akan mencari, menjejaki dan membuat tawaran atau memaklumkan menggunakan perisikan buatan.

Malah, para penumpang boleh melengkapkan transaksi dengan melakukan pembayaran dan menerima butiran pengembaraan dalam aplikasi yang sama. – MalaysiaGazette