Istana Buckingham

LONDON – Seorang lelaki yang mencetuskan amaran penggera di pintu masuk pelawat Istana Buckingham Palace ditangkap kerana disyaki memiliki senjata api.

Bagaimanapun, amaran itu berbunyi kerana lelaki tersebut mempunyai rantai kunci bersamanya, kata Polis Metropolitan London.

Lelaki berusia 38 tahun itu kemudian dibebaskan selepas disiasat beberapa jam.

Beliau adalah pelancong dari Belanda.

“Lelaki itu dibebaskan kerana beliau tidak menimbulkan ancaman,” kata polis.

Sebahagian daripada kawasan istana itu dibuka kepada pelancong bagi 10 minggu setiap tahun.

Pada ketika ini, Ratu Elizabeth berada di Scotland. – MalaysiaGazette