Syed Ali Syed Al-Habshee
Syed Ali Syed Al-Habshee

KUALA LUMPUR – Teka teki pendirian Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan keluar dari parti itu, hari ini.

Beliau yang merupakan bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan mengumumkan keputusan itu dalam satu majlis di Dewan Pusat Rekreasi, Cheras, di sini, pagi tadi

Katanya, keputusan itu dibuatnya demi kelangsungan orang Melayu di Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, beliau bersama pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar dilihat hadir pada sambutan ulang tahun ketiga Parti Amanah Negara (PAN) di Dewan Tun Razak di Temerloh, Pahang kelmarin.

Kehadiran kedua mereka menarik perhatian umum, tetapi sumber mendakwa, Syed Ali dan Syed Hamid akan menyertai parti PAN.

Setakat ini, yang keluar UMNO ialah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman. – MalaysiaGazette