KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh berlaku dari arah Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands kira-kira lebih kurang dua jam yang lalu.

Maklumat Twitter Astro Trafik berdasarkan aduan daripada pengguna Waze, insiden itu mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua arah.

“Insiden tembok runtuh menghalang satu lorong KM52 dari arah Simpang Pulai ke Cameron Highlands telah menyebabkan kesesakan di lokasi. Juga perlahan dari arah bertentangan,” menurut Twitter itu.

Sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai kejadian itu namun menerusi laporan pengguna Facebook pasukan bomba dan penyelamat sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan.

Meskipun begitu, rakaman air dari bukit di kawasan kejadian sudah tular di media sosial. -MalaysiaGazette