Trump
Kim Jong Un- Donald Trump

WASHINGTON – Pertemuan kedua antara Presiden Donald Trump dan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un dijangka berlaku selepas Oktober ini.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berkata, pihaknya sedang memastikan keadaan bagi membolehkan pertemuan itu diaturkan.

“Kami harap ia akan berlaku tidak lama lagi.

“Ia mungkin berlaku pada bulan Oktober atau selepas itu,” kata Pompeo dalam temu bual dengan “CBS This Morning.”

Trump dan Jong-un telah mengadakan pertemuan kali pertama di Singapura pada Jun lalu bagi membincangkan tentang penghapusan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Pompeo juga mengesahkan Jong-un bersetuju membenarkan pemeriksaan antarabangsa di lokasi nuklear negara itu. – MalaysiaGazette