Eden Hazard meraikan gol kemenangan Chelsea pada minit ke- 85 menentang Liverpool dalam aksi Piala Carabao awal pagi tadi. 

LIVERPOOL –  “Eden Hazard salah seorang pemain terbaik di dunia”.

Demikian reaksi pembantu pengurus the Blues, Gianfranco Zola selepas Chelsea menang ke atas Liverpool dalam aksi Piala Carabao awal pagi tadi.

Dalam aksi di Anfield awal pagi ini skuad bimbingan Maurizio Saari terikat 1-1 sehingga jaringan Hazard pada lewat perlawanan.

The Kops membuka jaringan pada minit ke- 58 menerusi rembatan menarik Daniel Sturridge.

Chelsea yang cemas dengan goal skuad Jurgen Klopp berjaya menafikan kelebihan itu menerusi Emerson Palmieri pada minit ke-79 dan Hazard berjaya menjaringkan goal kemenangan Chelsea enam minit kemudian.

“Jaringan Hazard bukan sahaja menarik malah ia juga membuktikan pemain itu antara terbaik dunia menerusi gaya dia menjaringkan gol.

“Pada pendapat saya kita belum menyaksikan aksi sebenar Hazard,” katanya kepada BBC Sport selepas perlawanan itu.

Liverpool dijangka menebus kekalahan itu apabila dijadualkan bertemu semula Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu ini. – Agensi