SC
Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Ewe Lay Peng dan Tan Yee Chee, berkuat kuasa 3 September lalu.

SC dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia percaya kedua-dua individu terbabit tidak lagi layak dan sesuai untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia.

Ewe dikenakan pertuduhan pada 29 Mac 2017 di bawah seksyen 188(3)(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana menyampaikan maklumat bukan awam.

Sementara itu, SC sudah menyaman Tan dan penghakiman persetujuan direkodkan pada 15 Ogos 2017 yang mengisytiharkan bahawa beliau melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA kerana menjalankan dagangan orang dalam.

Kesemua lesen dibatalkan di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65 CMSA.

Ewe dan Tan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah CMSA.-MalaysiaGazette