Akhirnya penantian pengamal media dan para wartawan yang menunggu sejak 7 pagi tadi berakhir apabila isterinya bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rosmah keluar dari perkarangan ibu pejabat SPRM tepat jam 10.45 malam menjadikan beliau individu paling lama disoal siasat dalam masa sehari oleh SPRM setakat ini.
Sebaik keluar, Rosmah terus memasuki kenderaan yang membawanya pagi tadi dan hanya berkata “Saya (masih) ok, Alhamdulillah,” katanya ketika dikerumuni para media.