MyCcc
Datuk Seri Hishamudin Yunus dilantik Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melantik Datuk Seri Hishamudin Yunus sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia, kata sebuah firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu merupakan perunding di Lee Hishamuddin Allen & Gledhill.

“Penyerahan surat lantikan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Saifuddin Nasution dalam satu majlis di kementeriannya di Putrajaya, petang semalam.

“Pelantikan dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Akta 713),” katanya.

Pelantikan tersebut berkuatkuasa sejak 5 September lalu dengan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun.-MalaysiaGazette