Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan telah menerima komplen daripada Palestin yang menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) membuka kedutaan Israel di Jerusalem yang sekaligus melanggar perjanjian damai antarabangsa.

AMSTERDAM – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan telah menerima komplen daripada Palestin yang menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) membuka kedutaan Israel di Jerusalem yang sekaligus melanggar perjanjian damai antarabangsa.

Kedutaan tersebut perlu dipindahkan, kata Palestin.
ICJ yang dikenali sebagai Mahkamah Dunia dalam satu kenyataan berkata, Palestin menggunakan Konvensyen Vienna dalam Hubungan Diplomatik 1961 yang menyatakan sesebuah negara perlu meletakkan kedutaan mereka dalam kawasan negara penganjur.

Dalam kes Palestin vs AS, Israel hanya mengawal ketenteraan Jerusalem manakala pemilik sebenar bandar tersebut masih lagi menjadi pertikaian.

Pada Disember lalu, Presiden AS, Donald Trump mengarahkan kedutaan Amerika dipindahkan ke Jerusalem yang kemudiannya dibuka enam bulan selepas itu.

Dengan itu, Palestin memohon supaya mahkamah mengarahkan AS menarik semula misi diplomatiknya dari kota suci Jerusalem.-Agensi