Sebuah kenderaan terbalik selepas taufan Trami melanda Okinawa, Jepun. foto Agensi

SHIBUSHI – Taufan Trami yang kuat akan melanda kepulauan Jepun selepas melepasi Okinawa pada hari Sabtu, menurut agensi cuaca sambil memberi amaran angin kuat, ombak tinggi dan hujan lebat.

Taufan itu dijangka beransur-ansur meningkatkan kelajuan apabila ia bergerak ke arah barat daya Jepun.

Sekurang-kurangnya 18 orang di wilayah selatan mengalami kecederaan akibat kaca pecah ketika ditiup angin kencang.

Di Nanjo, angin kuat selaji 202 kilometer sejam direkodkan manakala tiupan angin dengan kelajuan 183 kilometer sejam berlaku di ibu kota Naha.

Di Okinawa, di mana pilihan raya gabenor dijadualkan berlangsung, lebih separuh daripada majlis perbandaran telah memutuskan untuk menutup pusat pengundian awal disebabkan keadaan ribut.

Taufan Trami dijangka membuat mendarat di barat Jepun dan merempuh kawasan timur dan utara negara itu pada hari Isnin, Agensi Meteorologi Jepun berkata.

Lantaran itu, penduduk digesa terus berada di dalam rumah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai akan menutup dua landasannya dari 11 pagi Ahad hingga 6 pagi Isnin ekoran taufan itu dijangka paling dekat dengan lapangan terbang yang terletak di pulau buatan manusia di Teluk Osaka.

Pintu utama antarabangsa terpaksa ditutup awal bulan ini selepas landasan dan bangunan terminal banjir ketika Taufan Jebi membuat daratan di rantau ini pada 4 September lalu.

Sehingga 11 malam hari Sabtu, taufan ke-24 yang berlaku pada musim ini bergerak kira-kira 60 kilometer barat-barat Pulau Okinoerabu di Kagoshima, dengan kelajuan 25 kilometer sejam.

Taufan itu memaksa syarikat penerbangan termasuk Japan Airlines dan All Nippon Airways untuk membatalkan lebih 400 penerbangan dari atau ke lapangan terbang di Okinawa dan Kagoshima di barat daya Jepun.

Perkhidmatan Shinkansen antara stesen Tokyo, Shin-Osaka dan Hiroshima akan dihentikan petang Ahad apabila taufan dijangka menjejaskan kawasan.

West Japan Railway Co juga akan menggantung semua perkhidmatan kereta api di kawasan metropolitan yang berpusat di Osaka pada tengah hari Ahad sebagai langkah berjaga-jaga.

Universal Studios Japan berkat,a taman tema di Osaka akan ditutup pada hari Ahad. – MalaysiaGazette