petrol
Gambar fail: Stesen minyak Petronas

KUALA LUMPURĀ – Harga jualan bagi petrol RON97 mengalami kenaikan 14 sen seliter kepada RM2.79 berkuat kuasa 12.01 tengah malam tadi bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Oktober 2018.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan perkara tersebut yang dimuat naik di laman rasminya, malam tadi.

Bagaimanapun harga petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter sehingga 31 Disember 2018.

Pada 21 Jun lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menyatakan harga RON95 dan diesel kekal sehingga akhir tahun ini.

Guan Eng berkata, kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM3 bilion untuk RON95 dan diesel bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

RON97 dijual pada harga RM2.59 seliter bagi tempoh 26 Julai hingga 31 Ogos 2018.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini menetapkan harga bahan api RON97 ditentukan pasaran bermula 7 Jun lalu dengan semakan dibuat bagi setiap hari Khamis. – MalaysiaGazette