tsunami
Bencana tsunami mengakibatkan kerosakan teruk di Palu, Sulawesi.

JAKARTA – Indonesia akan menerima bantuan dalam bentuk bekalan, kepakaran dan peralatan bagi mengurangi beban yang ditanggung akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah dan mencadangkan sumbangan wang disalurkan kepada Palang Merah Indonesia (PMI).

Timbalan Menteri Luarnya, Abdurrahman Mohammad Fachir berkata, negaranya telah mengenalpasti keutamaan bantuan negara asing.

“Terdapat sekurang-kurangnya tiga bantuan dalam bentuk bekalan, kepakaran dan peralatan, oleh itu kami telah mengenalpasti mereka dan jika mereka mahu membantu mereka boleh memaklumkan kepada kami apa yang mereka boleh tawarkan,” katanya seperti dipetik The Jakarta Post.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas taklimat kepada duta dan wakil pertubuhan antarabangsa dari 20 buah negara asing yang menawarkan bantuan berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda negera itu.

Bantuan asing akan dikumpulkan oleh sebuah pasukan yang kemudiannya melaporkan kepada Menteri Hal Ehwal Koordinasi Politik, Perundangan dan Keselamatan, Wiranto.

Kementerian itu kan mengagihkan bantuan yang diterima menerusi saluran kementerian berkaitan di wilayah itu dengan bilangan pegawai yang akan menyatakan ‘keperluan sebenar’.

Sementara itu, beliau memberitahu, PMI merupakan pilihan terbaik untuk menerima sumbangan wang.

“PMI boleh dipercayai dalam mengagihkan bantuan mengikut keperluan,” katanya.

Pejabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Koordinasi Hal Ehwal Kemanusian (UNOCHA) berkata, penilaian yang dikeluarkan semalam mendapati 191,000 orang memeerlukan bantuan kemanusianaan dengan segera selepas gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan Sulawesi Tengah Jumaat lalu.

Germpa bumi yang disusuli tsunami dan pencairan tanah telah memusnahkan bangunan dan mengorbankan lebih 1,200 nyawa. – Agensi