Seorang pengarah syarikat kejuruteraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik seorang ahli perniagaan berhubung pembelian saham syarikat bernilai lebih RM900,00 tiga tahun lalu.
Seorang pengarah syarikat kejuruteraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik seorang ahli perniagaan berhubung pembelian saham syarikat bernilai lebih RM900,00 tiga tahun lalu.

PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat kejuruteraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik seorang ahli perniagaan berhubung pembelian saham syarikat bernilai lebih RM900,00 tiga tahun lalu.

Warga emas, Tshai Fook Cheung, 78, didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang tunai milik Tan Chin Ching, 58, yang mempercayai tertuduh akan menguruskan proses jual beli saham syarikat, di mana mangsa tidak akan menyerahkan wang RM954,286 sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan Pengarah Syarikat Pacific Engineering Sdn Bhd itu di Lot 30, Jalan 223, Seksyen 51A di sini pada 18 Mac 2015 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dengan sebat dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Puteri Sarah Amirnuddin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun Tshai yang tidak diwakili peguam merayu jaminan itu dikurangkan dengan alasan penjamin hanya membawa RM5,000 sahaja.

“Saya juga menghidap penyakit kronik iaitu asma dan diabetes,” kata Tshai.

Majistret Nurshahirah Abd Salim membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Nov untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA