Nooryana Najwa
Nooryana Najwa

KUALA LUMPUR – Anak perempuan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa Najib menyifatkan tindakan menahan ibunya dan akan didakwa pada hari yang sama pengurusan kes ayahnya, Datuk Seri Najib Razak sebagai melampau.

Nooryana Najwa turut sedih ibu dan bapanya ini terpaksa berhadapan dengan waktu getir.

“Saya boleh terima tindakan diambil kepada seorang lelaki yang pernah berkuasa tetapi meletakkan wanita dalam hidupnya dalam keadaan bahaya, ini keterlaluan.

“Dua minggu lalu kamu serbu rumah emaknya (Tun Rahah Mohamed Noah) dan hari ini kamu reman isterinya dan merancang untuk mendakwanya pada hari sama dengan suaminya akan berada di mahkamah,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

Meluahkan rasa sedihnya apabila Rosmah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yana dalam masa berharap agar ibunya sentiasa dalam keadaan tenang dan mendapatkan rehat yang cukup.

“Panggilan yang saya takuti saya terima pada 4 pagi tadi, menyedihkan untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit, saya bangun berwuduk dan sembahyang tahajud untuk Mummy.

“Saya berdoa agar Mummy tetap tenang kerana mengetahui dia bimbangkan semua orang di rumah… Tolong makan, dan berehat malam ini,” ujarnya.

Instagram @yananajibRosmah akan didakwa di Mahkamah Sesyen pukul 8 pagi esok.

Terdahulu, menantu Rosmah Dr Fazley Yaakob menerusi entri akaun Instagramnya mendoakan agar segala urusan ibu mertuanya dipermudahkan.

Fazlee merupakan suami seorang lagi anak perempuan Rosmah, Azrene Ahmad menerusi perkahwinan pertamanya.-MalaysiaGazette