Ia merupakan kejadian ketiga yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pemerintahan. Sebelum ini, sebuah kapal nelayan juga dari Hutan Melintang telah disita pada 18 September dan lima pekerja warganegara Myanmar ditahan.
Ia merupakan kejadian ketiga yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pemerintahan. Sebelum ini, sebuah kapal nelayan juga dari Hutan Melintang telah disita pada 18 September dan lima pekerja warganegara Myanmar ditahan. - foto hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua kapal nelayan telah disita pihak berkuasa Indonesia walaupun dikatakan sedang beroperasi di kawasan perairan Malaysia.

China Press melaporkan, dua kapal nelayan dari Hutan Melintang, Perak itu dikerja sebelum disita oleh pihak Jakarta.

Sebanyak 10 pekerja asing yang berada di kapal nelayan juga ditahan dalam kejadian yang berlaku pada 27 September lalu.

Ia merupakan kejadian ketiga yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pemerintahan. Sebelum ini, sebuah kapal nelayan juga dari Hutan Melintang telah disita pada 18 September dan lima pekerja warganegara Myanmar ditahan.

Sejak kejadian itu, para pengusaha di Pantai Barat Semenanjung termasuk dari Selangor berasa cuak untuk beroperasi.

Para nelayan percaya kejadian-kejadian halau dan sita berlaku selepas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Maritim Malaysia mengurangkan operasi rondaan di kawasan perairan terbabit.

Keadaan itu dikatakan mendorong pihak berkuasa Indonesia memasuki kawasan perairan Malaysia dan menghalau kapal-kapal nelayan Melaysia.

Wakil pengusaha telah meminta kerajaan untuk campur tangan supaya kapal yang disita dipulangkan dan agar pihak berkuasa Indonesia tidak lagi menceroboh kawasan perairan Malaysia.

“Pihak Indonesia tidak berani menceroboh sebelum ini kerana TUDM sentiasa meronda di kawasan terbabit.

“Apabila kekerapan rondaan dikurangkan dua bulan kebelakangan ini, ia menyebabkan pihak berkuasa negara jiran mengejar dan menghalau kapal nelayan Malaysia,” kata Presiden Persekutuan Perusahaan Perikanan, Ji Wei Cheng.

Menurutnya, masing-masing TUDM dan Maritim Malaysia mempunyai dua aset di perairan Pantai Barat, tetapi kawasan rondaan yang mencakupi kawasan yang amat luas dari Langkawi sampai ke Johor menyebabkan aset sukar bertapak di satu-satu kawasan khusus.

Katanya, disebabkan perairan di Selangor yang memisahkan Malaysia dengan Indonesia adalah lebih sempit, maka insiden menghalau berlaku walaupun nelayan beroperasi di zon selamat perairan Malaysia yang berada di luar kawasan pertikaian.

Tambahnya, kedudukan kapal nelayan Malaysia juga boleh dibuktikan melalui kemudahan satelit yang dipasang. – MalaysiaGazette