TERKINI : “Jangan Risau, SSPN Masih Kekal” – Mastura Mohd Khalid

Orang ramai yang membuat simpanan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan SSPN-i tidak perlu bimbang kerana tiada perubahan dasar terhadap kedua-dua produk berkenaan.

Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mastura Mohd Khalid yang memberitahu, kedua-dua produk tersebut sememangnya dijamin oleh kerajaan.

“Setakat ini Alhamdulillah sebab semua orang sedar untuk membuat simpanan SSPN.

“Jadi tiada sebarang perubahan dasar atau fungsi terhadap kedua-dua produk sama ada SSPN-i atau SSPN Plus.

“Saya rasa rakyat Malaysia tidak perlu risau kerana kita semua maklum bahawa antara ciri-ciri SSPN adalah simpanan yg dijamin oleh kerajaan,” katanya.