Sebahagian pekerja UberEats yang mogok di Bermondsey. foto Agensi

LONDON – Penghantar UberEats dan beberapa pekerja dari JD Wetherspoon, McDOnald’s dan TGI Friday melancarkan mogok bagi menuntut kenaikan gaji.

Mereka melakukan protes itu di beberapa bandar di United Kingdom termasuk di London.

Tindakan industri sedang diambil berikutan protes oleh pekerja makanan segera di empat benua.

UberEats, JD Wetherspoon dan McDonald’s telah mempertahankan permintaan untuk kenaikan gaji sebanyak 10 pound bagi setiap jam.

Pekerja UberEats ingin dibayar 5 pound setiap penghantaran dan tambahan 1 pound setiap batu.

Mogok itu adalah siri terbaharu protes oleh penghantar UberEats selepas syarikat berkenaan mengurangkan pembayaran minimum setiap penghantaran dari 4.26 pound kepada 3.50 pound.

UberEats pula mempertahankan skim pembayaran itu dengan menjelaskan bahawa kebanyakan penghantar adalah pekerja kurier yang mahu mendapatkan pendapatan tambahan.

“Pada minggu lalu, penghantar menggunakan aplikasi kami di bandar-bandar merentasi United Kingdom mendapat pendapatan secara purata 9 hingga 10 pound setiap jam semasa waktu makan,” kata syarikat tersebut. – MalaysiaGazette