Lee Myung-bak. foto Agensi

SEOUL – Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dipenjara selama 15 tahun kerana rasuah.

Lee dijatuhi hukuman itu oleh mahkamah hari ini atas tuduhan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, dan diperintahkan untuk membayar 13 bilion won (AS$11.5 juta).

Bekas presiden mendakwa pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik.

Dia menjadi bekas pemimpin keempat Korea Selatan yang dipenjarakan, selepas penggantinya dikenakan hukuman sama  pada bulan April.

Park Geun-hye dijatuhi hukuman penjara selama 33 tahun setelah didapati bersalah atas penyalahgunaan kuasa dan paksaan.

Lee tidak hadir ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan.

Hakim di Mahkamah Seoul Seoul berkata, “hukuman berat bagi tertuduh tidak dapat dielakkan” karena sifat kejahatan yang serius.

Mahkamah mendapati bekas pemimpin itu menerima berbilion-bilion won daripada syarikat elektronik Samsung sebagai balasan memberi pengampunan kepada pengerusinya, Lee Kun-hee.

Bagaimanapun, Samsung menafikan dakwaan itu. – MalaysiaGazette