Tokoh agama, Tan Sri Hassan Azhari yang juga terkenal sebagai guru al-Quran, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 5.07 petang tadi.
Tokoh agama, Tan Sri Hassan Azhari yang juga terkenal sebagai guru al-Quran, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 5.07 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Tokoh agama, Tan Sri Hassan Azhari yang juga terkenal sebagai guru al-Quran, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 5.07 petang tadi.

Menantunya, Mohd. Hazli Hassan memberitahu, bapa mertua menghembuskan nafas terakhir akibat kanser limfoma tahap empat.

Allahyarham yang berusia 90 tahun dimasukkan ke HKL sejak Ahad lalu.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Keramat Hujung sebelum dikebumikan.

Hassan merupakan seorang pendidik terkenal dalam rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM.

Allahyarham juga merupakan individu yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Beliau memiliki 22 orang anak dari tiga orang isteri.

Tiga orang anaknya yang dikenali ramai iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa, bekas ADUN Hulu Klang, allahyarham Dauk Fuad yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA dan pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin. – MalaysiaGazette