Bayi lelaki yang ditemui di premis 7E, Jalan PSK1, Seri Kembangan.

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah premis di Seri Kembangan, di sini, awal pagi ini.

Semasa ditemui di premis 7E, Jalan PSK1, Seri Kembang dengan kesan cedera di kaki dan lututnya dipercayai digigit anjing.

Pemangku Ketua Polis Serdang, Supritendan Mohd Rosdi Daud berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan dalam keadaan stabil.

Bayi yang baru dilahirkan beberapa hari itu masih belum dikenal pasti bangsanya.

“Kepada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini diminta menghubungi IPD Serdang dengan kadar segera bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette