Datuk Seri Mohamed Ali mendahului pencabar jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan majoriti 775 undi.
Berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.

KUALA LUMPUR – Selepas lima negeri selesai mengundi, persaingan antara Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli semakin sengit.

Setakat ini Azmin masih menerajui persaingan tersebut tetapi dengan undi tipis sebanyak 92 berbanding pencabarnya, Rafizi.

Azmin memperoleh 16,318 undi atau 50.1 peratus (menang di 31 daripada 75 Cabang) berbanding Rafizi 16,226 undi atau 49.9 peratus (menang di 44 daripada 75 Cabang).

Walaupun Azmin mendahului Rafizi dengan 92 undi tetapi Rafizi yang juga Naib Presiden PKR menjadi pilihan majoriti di sebahagian besar Cabang.

Timbalan Presiden PKR itu menang di Pulau Pinang dan Johor pada minggu lalu dan Rafizi pula di Kelantan dan Terengganu.

Azmin sekali lagi menjadi pilihan di Johor tetapi Rafizi mendapat undi di 12 cawangan berbanding 10 oleh Azmin.

Dan, hari ini giliran 13 Cabang Wilayah Persekutuan mengundi, sebelum Melaka, Perak, Selangor, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan dijadualkan pada bulan ini.

Manakala Sabah dan Sarawak pada bulan depan. – MalaysiaGazette