KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) mendapat kelebihan bertandang ke gelanggang lawan apabila menewaskan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan tipis tetapi mampu menyuntik semangat anak buah Irfan Bakti Abu Salim menjelang separuh akhir kedua di Larkin pada 20 Oktober depan.

Malik Mat Arif menjadi wira apabila menjaringkan gol pada minit ke-78 sekali gus menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, secara keseluruhannya beliau belum boleh tersenyum lebar selepas menyaksikan anak buahnya gagal mencipta lebih banyak peluang untuk menghasilkan jaringan walaupun beraksi di stadium sendiri.

Jelas beliau, untuk perlawanan timbal balik di sana nanti, percaturan terbaik akan difikirkan untuk berdepan penyokong lawan dan harap pemain yang diturunkan nanti lebih berdisiplin. – MalaysiaGazette