TERKINI : Perginya Tokoh Negara , Allahyarham Hassan Azhari dikebumi di Makam Diraja Selangor

Tokoh guru al-Quran, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari Fathma selamat dikebumikan di Makam Diraja Selangor di sini selesai kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada orang kenamaan, saudara-mara dan mereka yang mengenali Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Solat jenazah bermula pada pukul 9 pagi yang diimamkan oleh anak Allahyarham iaitu Dr Abdul Rauf Hassan.