Meng Hongwei. foto Agensi

BEIJING – China mengesahkan negara itu sedang menyiasat Meng Hongwei, Presiden agensi polis antarabangsa (Interpol).

Hongwei disiasat oleh badan anti-rasuah negara bagi pelanggaran undang-undang yang tidak dijelaskan.

Perkara itu turut disahkan oleh Suruhanjaya Pengawasan Kebangsaan China melalui laman sesawangnya. Badan itu terlibat dalam mengendalikan kes-kes awam.

Beliau juga Naib Menteri Keselamatan awam di China, dilaporkan hilang selepas pergi ke China pada 25 September lalu.

Sementara itu, Interpol berkata, pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Hongwei semalam yang berkuatkuasa serta-merta.

Tempat Hongwei akan digantikan oleh Naib Presiden Interpol, Kim Jong-yang yang akan memangku jawatan tersebut.

Presiden baharu akan dipilih bagi tempoh dua tahun di perhimpunan Interpol di Dubai bulan depan.

Hongwei dilantik menerajui agensi itu untuk tempoh 2016-2018. – MalaysiaGazette