Hujan lebat di Amerika Tengah menyebabkan aiir sungai deras dan kejadian tanah runtuh, foto Youtube

TEGUCIGALPA – Hujan lebat di Amerika Tengah hingga mengakibatkan banjir dan tanah runtuh telah mengorban 12 orang dalam beberapa hari.

Hujan lebat bermula pada hari Khamis lalu melanda negara-negara dari Guatemala ke Costa Rica, dan menyebabkan tanah runtuh di Honduras yang membunuh dua orang anak dan ibunya ketika mereka sedang tidur.

Bencana alam itu turut memusnah kediaman dan ternakan, selain menyebabkan beribu-ribu penduduk tinggal di kawasan perlindungan yang lebih selamat.

Di Honduras – enam terbunuh dan 7,000 meninggalkan kediaman masing-masing manakala di Nicaragua pula 23,000 orang penduduk terjejas.

Seorang nelayan mati selepas botnya terbalik manakala dua lagi mati lemas di sebuah sungai.

Agensi Perlindungan Awam El Salvador pula memaklumkan dua mangsa maut selepas sebatang pokok menghempap kereta dan 10 orang lagi cedera akibat dinding runtuh.

Manakala seorang mangsa di Costa Rica mati dan seorang kanak-kanak di Guatemala hilang. – MalaysiaGazette