Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 08 OKTOBER 2018
Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 08 OKTOBER 2018

PORT DICKSON – Datuk Seri Anwar Irabhim menasihati calon bebas Stevie Chan Keng Leong supaya menumpukan kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan bukannya mencampuri atau mencari kesalahan calon lain.

Calon Pakatan Harapan itu berkata, Stevie Chan sepatutnya tidak harus menyibuk menganggu urusan diluar pengetahuannya dan patut memikirkan perubahan yang boleh dibawa kepada warga Port Dickson.

” Ini NGO (projek tuisyen) tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

“Biarlah dia buat apa pun (seolah tak peduli)

“Dia patut terangkan apa dia nak buat untuk PD,” katanya secara ringkas sebelum beredar meninggalkan majlis di sini.

Anwar didakwa cuba sogok pengundi, calon bebas lapor polis

Terdahulu beliau telah hadir program makan tengahari bersama kira kira 72 peniaga kecil kecilan tempatan di sebuah restoran makanan Thailand di Waterfront di sini.

Reaksi itu hadir sebagai mengulas pertanyaan wartawan mengenai laporan polis yang dibuat Stevie terhadap Ketua Umum PKR berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson tengahari tadi.

Ditanya mengenai pengumuman program PDTuition untuk murid dan pelajar tahun satu hingga tingkatan lima semua sekolah di daerah itu, Anwar menjawab: “Itu projek…habis itu kita tak boleh tolong orang PD?”

Dalam laporan itu polis sekitar 12 tengahari itu, Stevie mendakwa Anwar sebagai calon telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1954.

Menurutnya Anwar memberitahu hadirin dalam satu ceramah di Sri Tanjung pada 30 September lalu mengumumkan bahawa beliau sudah mendapatkan tiga projek untuk rakyat Port Dickson.

“Anwar memaklumkan projek pelancongan lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan iaitu E-Tuisyen Percuma,” katanya sebagai menggesa pihak berkuasa polis menyiasat calon itu.-MalaysiaGazette