Keputusan ujian sampel laksa yang diambil daripada sebuah premis di Kampung Landak, Baling dekat sini yang disyaki punca keracunan dan menyebabkan 2 kematian, dijangka diketahui selewat-lewatnya 2 hari lagi.
Keputusan ujian sampel laksa yang diambil daripada sebuah premis di Baling disahkan menganduni bakteria. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Kedah masih menjalankan siasatan kes keracunan yang berlaku di Perak dan Kedah menyebabkan dua daripada 19 mangsa meninggal dunia.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, siasatan adalah untuk mengenalpasti kes yang mempunyai gejala Keracunan Makanan (KRM) dan terdedah kepada makanan yang sama.

Katanya, pada 6 Oktober lalu, pihaknya menerima notifikasi dari Hospital Gerik (HG) mengenai dua kes keracunan makanan dengan seorang daripada mangsa meninggal dunia.

“Hasil siasatan lanjut terhadap kes itu, kita mendapati tujuh kes dari satu keluarga yang tinggal di rumah yang sama terlibat.

“Mereka mengalami demam, cirit birit dan muntah setelah dikatakan makan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling kira-kira jam 5.30 petang pada 4 Oktober.

“Pada 7 Oktober pula HG menerima dua kes lagi, seorang daripadanya meninggak dunia kerana gejala keracunan makanan setelah makan laksa yang dibeli di gerai itu, juga pada 4 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurut Dr Norhizan, satu daripada kes itu dirujuk di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipph untuk rawatan lanjut.

Namun, katanya, pesakit itu disahkan meninggal dunia pada 7 Oktober jam 2.31 petang.

“Kita telah menjalankan pemeriksaan dan penutupan sementara premis yang terlibat untuk membantu siasatan bagi mengenalpasti punca berlakunya KRM.

“Beberapa sampek klinikal, sampel makanan dan persekitaran telah diambil untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak khuatir kerana kejadian wabak itu adalah terkawal dan disarankan sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih. – MalaysiaGazette