David Moyes

MANCHESTER – David Moyes percaya tekanan terhadap pegurus Manchester United, Jose Mourinho berkurangan selepas pasukan itu mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Newcastle pada Sabtu lalu.

United bangkit daripada ketinggalan dua gol di Old Trafford hasil jaringan pada separuh masa kedua oleh Juan Mata, Anthony Martial dan gol kemenangan pada lewat perlawanan daripada Alexis Sanchez.

Kelab itu telah menafikan laporan bahawa Mourinho bakal kehilangan kerja tanpa mengira keputusan perlawanan itu dan Moyes percaya kemenangan menjadi titik perubahan ke atas jurulatih warga Portugis.

“Perkara yang paling besar ialah Jose telah mendapat hasil yang baik pada hujung minggu,” kata Moyes, bercakap pada acara Legends of Football.

“Tidak kira bagaimana anda menang tapi dia melakukannya dengan bergaya, mengalahkan Newcastle.

“Saya fikir ia boleh menyelesaikan sedikit masalah. Ia mengambil masa untuk semua pengurus di Manchester United.

“Jose telah diberi masa dan saya pasti diberi lebih banyak masa, dia pemenang dan saya pasti dia akan terus membuktikannya,”.

Moyes tidak mempunyai kerja sejak meninggalkan West Ham pada akhir musim lalu tetapi bekas pengurus Manchester United itu tidak tergesa-gesa untuk kembali untuk menguruskan kelab.

“Saya mempunyai tawaran untuk pergi ke tempat lain dan mengurus di tempat yang berbeza,” katanya.

“Saya mempunyai beberapa tawaran di sini juga.

“Saya menunggu keputusan yang betul dan cuba memilih keputusan yang tepat. Kami menikmati masa di West Ham tahun lepas.

“Kami mengharungi masa yang indah, kami betul-betul berjaya yang mana kami membawa West Ham di mana ia berada kini.

“Kami akan tgunggu dan lihat. Saya tidak terburu-buru,” katanya. – Agensi