Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Hasrat Malaysia untuk membangunkan jenama kereta nasional ketiga mungkin menyaksikannya alat-alat ganti diperoleh dari negara-negara jiran, sekali gus mengukuhkan lagi ikatan ASEAN dalam menghadapi perang perdagangan AS-China.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, impian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu telah berjaya menarik minat negara-negara jiran.

“Apa yang dimaksudkan Dr. Mahathir adalah beliau memerlukan sesuatu yang boleh menyatukan rakyat Malaysia dan menyatukan negara-negara ASEAN untuk bersama-sama membekalkan komponen kenderaan tersebut dan menjadikannya sebuah kereta nasional di ASEAN, bukan sahaja di Malaysia.

“Ini adalah sesuatu impian yang sangat tinggi tetapi saya rasa ia sangat penting sekarang, terutama apabila anda mahu membina blok ekonomi seperti ASEAN,” katanya ketika ditemubual oleh Sophie Kamaruddin untuk Bloomberg Television di sini.

Tambah Darell, kerajaan sedang mengumpul maklumat daripada industri dan akan menyerahkan projek itu untuk dijayakan dan dibiayai sektor swasta.

Kerajaan hanya akan membantu dariPADA segi memberi lesen dan kemudahan, katanya. – Bloomberg