Gustavo Matosas
Gustavo Matosas

SAN JOSE – Gustavo Matosas dilantik sebagai jurulatih baru pasukan Costa Rica.

Perkara tersebut diumumkan persekutuan bola sepak negara itu semalam.

Bekas pemain kebangsaan Uruguay itu mengambil alih jawatan berkenaan daripada Oscar Ramirez.

Pelucutan jawatan Ramirez adalah selepas kontraknya tidak diperbaharui ekoran pasukan Costa Rica berada di tangga tercorot pada perlawanan Piala Dunia lalu.

Matosas dua kali menjuarai liga Mexico bersama Leon dan mengemudi Club America serta memenangi Liga Juara-Juara CONCACAF pada 2014-2015.

Costa Rica tersingkir pada peringkat kumpulan di Rusia dengan hanya satu mata, empat tahun selepas pasukan itu mencetus kejutan layak ke suku akhir pada Piala Dunia 2014. – MalaysiaGazette