Ekuinas
Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir.

KUALA LUMPUR- Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) menjual 60 peratus pegangan dalam Tranglo Sdn. Bhd. kepada sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, TNG Fintech Group Inc pada harga RM114.9 juta.

Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, urusniaga tersebut membolehkan Ekuinas meraih keuntungan 1.96 kali ganda daripada modal yang telah dilaburkan dalam Tranglo.

“Ini diterjemahkan kepada kadar pulangan dalaman sebanyak 26.8 peratus dengan keseluruhan penjualan pegangan kesembilan setakat ini.

“Jumlah keuntungan keseluruhan adalah melebihi RM2 bilion,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir.

Jelasnya, penjualan tersebut adalah disebabkan peningkatan daya saing dalam industri teknologi, media dan komunikasi yang dipacu oleh muka-muka baharu fintech.-MalaysiaGazette