TERKINI : “Saya Rasa Lega dan Terima Kasih” – Zahid Hamidi

Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan dirinya akan menyambung memberi keterangan kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok jam 9 pagi.

Beliau berkata demikian ketika diasak oleh media seandainya sesi memberi keterangan telah selesai atau di sambung kembali.

“Saya datang balik esok,” katanya ringkas sebelum masuk ke dalam kereta.

Zahid kelihatan sedikit ‘keletihan’ setelah memberi keterangan hampir 9 jam sejak pagi tadi turut berterima kasih kepada pihak media kerana ‘taat’ menantinya di luar bangunan SPRM.

“Saya tidak perlu membuat sebarang sidang media ketika ini, saya hanya mahu berterima kepada semua yang taat menunggu saya sejak awal lagi.

Saya lega kerana rakan-rakan menanti saya,” ujarnya.