TOKYO – Harga minyak dunia kukuh hari ini ekoran kejatuhan dalam pasaran ekuiti serta kebimbangan bekalan yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, harga minyak berpotensi mengalami kejatuhan lebih empat peratus pada minggu ini.

Niaga hadapan naik AS$0.13 kepada AS$80.39 setong pada 0042 GMT.

Tetapi kontrak susut 3.4 peratus pada Khamis, selepas mencecah paras terendahnya AS$79.80 – kedudukan paling lemah sejak 24 September.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) juga naik AS$0.11 cent kepada AS$71.08 setong.

Sebelum ini, minyak Amerika Syarikat ini mengalami penyusutan tiga peratus pada sesi sebelumnya kepada paras terendah sejak 21 September lalu. – MalaysiaGazette