FGV

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Kewangan FGV Holdings, Ahmad Tifli Mohd Talha melepaskan jawatannya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Ahmad Tifli meletakan jawatan untuk meneruskan peluang kerjaya lain.

Sebelum ini, tiga pengurusan tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad telah meninggalkan syarikat itu susulan siasatan berhubung amalan perniagaan. – MalaysiaGazette