Etnik Uygur
Etnik Uygur

KUALA LUMPUR – Malaysia telah membebaskan 11 tahanan etnik Uygur Muslim yang melarikan diri ke negara Asia Tenggara itu selepas meloloskan diri dari penjara di Thailand pada tahun lalu dan mereka dihantar ke Turki, kata peguam mereka, tanpa menghiraukan permintaan China untuk menyerahkannya kepada Beijing.

Tindakan tersebut mungkin mengeruhkan hubungan dengan China, yang telah diuji sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri setelah menang pada pilihanraya Mei lalu dan membatalkan projek-projek yang diberikan kepada China bernilai AS$20 bilion.

Pendakwaraya di Malaysia menggugurkan tuduhan terhadap etnik Uygur itu, berumur antara 24 hingga 48 tahun, atas alasan hak asasi dan mereka tiba di Turki Selasa lalu setelah diterbangkan dari Kuala Lumpur, kata peguam, Fahmi Moin.

“Dakwaan telah ditarik balik kerana pejabat peguam negara setuju terhadap (rayuan) dari luar,” katanya.

Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Peguam Negara tidak mengeluarkan ulasan yang minta Reuters.

Kementerian Luar China juga tidak mengulas terhadap permintaan yang dikemukakan.

Lelaki-lelaki itu ditahan dan didakwa memasuki Malaysia secara haram selepas melarikan diri dari penjara pada November lalu dengan menebuk lubang penjara dan menggunakan selimut dan tangga.

Pada Februari lalu, Reuters melaporkan Malaysia ditekan hebat oleh China untuk mengusir lelaki-lelaki tersebut, kata sumber.

Beberapa kedutaan Barat menghalang mereka daripada dihantar pulang ke
China, yang didakwa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada etnik Uygur.

Beijing mendakwa puak pemisah ekstrem yang antaranya etnik minoriti Uygur merancang menyerang kaum majoriti Han di barat, Xinjiang dan tempat lain.

China didakwa menyalahguna kuasa di Xinjiang, mendera tahanan Uygur dan
mengenakan kawalan ketat terhadap agama dan budaya mereka. Negara itu
menafikan salah laku.

Sejak sekian lama, beratus tahun mungkin beribu tahun, etnik Uygur berjaya melepaskan diri daripada ditahan dengan mengembara secara rahsia menerusi Asia Tenggara untuk ke Turki.

Etnik Uygur di Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan berjumlah lebih 200 orang yang ditahan di Thailand pada 2014.

Walaupun mereka memperkenalkan diri sebagai warga Turki dan meminta
dihantar ke Turki, lebih 100 orang telah dihantar pulang secasa paksa ke
China pada 2015, mencetuskan kutukan masyarakat antarabangsa.

Pada Februari lalu, Malaysia berkata, ia sedang menimbang permintaan China
untuk mengusir 11 lelaki. Sebelum ini, ia telah menghantar pulang tahanan Uygur ke China.

Tahanan mereka dilakukan ketika Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan China ketika dibawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namun Mahathir, 93, yang menjadi perdana menteri kali kedua lantang bersuara mempertahankan masyarakat Islam daripada dibunuh.

Baru baru ini beliau mengkritik pemimpin de facto negara jiran Myanmar, Aung San Suu Kyi menguruskan krisis Rohingya dengan berkata: “Kami
tidak menyokongnya lagi,”. – Agensi