TERKINI : Kali ke-5 Zahid Diambil Keterangan di SPRM

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini datang kembali ke Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk sambung memberi keterangan.

Beliau tiba pukul 9. 16 pagi dengan menaiki warna putih kenderaan jenis Toyota Lexus dan memakai baju warna.

Kehadiran Zahid yang merupakan timbalan perdana menteri ke agensi penguatkuasa undang-undang itu masuk hari kelima.

Difahamkan, SPRM akan mengambil keterangan daripada Zahid sehingga jam 12 tengahari dan kemudian berhenti rehat untuk solat Jumaat.

Zahid akan datang semula pada pukul 3 petang nanti untuk sambungan keterangan.

Zahid hadir ke SPRM bagi membantu siasatan oleh agensi pencegahan rasuah itu berhubung penyelewengan dana sebuah yayasan membabitkan nilai mencecah RM800,000.

Beliau sempat melemparkan senyuman serta melambai kepada petugas media yang  menunggu di pintu masuk bangunan itu sejak pukul 8.15 pagi tadi.

Semalam Ahmad Zahid diambil keterangan selama sembilan jam oleh pihak SPRM.