Lebih 600 anggota dan pegawai polis yang sebelum ini berkhidmat di bawah beberapa pasukan khas akan ditempatkan di 10 jabatan lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

ISKANDAR PUTERI- Polis akan memanggil beberapa orang ahli politik sekiranya perlu susulan laporan polis yang dibuat oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, laporan tersebut membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap beberapa ahli politik yang dimaksudkan.

“Mengikut prosedur biasa, apabila ada laporan dibuat maka pihak polis akan menyiasat.

“Laporan tersebut baharu sahaja dibuat dan sekiranya perlu kami akan memanggil beberapa ahli politik terlibat bagi mendapatkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Sukan Negara Polis Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Najib dalam status Facebook beliau, mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan beliau terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais. – MalaysiaGazette