Beberapa penyokong dilihat merakam jumlah undian tidak rasmi calon Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang dipaparkan melalui skrin sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 OKTOBER 2018.

PORT DICKSON – Sehingga jam 7 malam tadi, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh mendahului enam calon lain.

Pengiraan awal dari pusat pengundian menunjukkan Anwar mendahului dengan majoriti lebih 10,371 undi setakat ini.

Jumlah itu diketahui berdasarkan pengiraan ke atas undi oleh ejen calon di pusat-pusat pengundian.

Malah PRK turut mengumumkan jumlah terkini dari masa ke semasa.

Sehingga kini Anwar memperoleh 14,233 undi berbanding calon Pas, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dengan 3,862 undi.

Sementara calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan 65 undi.

Manakala personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong (173 undi), bekas pensyarah, Lau Seck Chan (107 undi) dan pakar perunding, Kan Chee Yuen (81 undi). -MalaysiaGazette