Belum terluput daripada fikiran isu ikan sardin mengandungi cacing, seorang pengguna pula terjumpa cicak dalam makanan dalam tin itu.
Belum terluput daripada fikiran isu ikan sardin mengandungi cacing, seorang pengguna pula terjumpa cicak dalam makanan dalam tin itu.

KUALA LUMPUR – Belum terluput daripada fikiran isu ikan sardin mengandungi cacing, seorang pengguna pula terjumpa cicak dalam makanan dalam tin itu.

Pengguna malang yang dikenali sebagai Zeng, 29, itu mengadu kepada China Press bahawa kejadian itu berlaku pada 5 Oktober lalu ketika dia sedang makan malam.

“Selepas memakan sepotong ikan sardin, saya terkejut apabila mendapati makanan itu tercampur cicak.

“Saya percaya cicak ini dimasukkan sekali dengan ikan sardin semasa dalam proses pembuatan kerana tin yang saya beli berada dalam keadaan baik, tidak kemek dan belum sampai tarikh luput,” katanya.

Pengguna itu telah memanjangkan aduan kepada Kementerian Kesihatan dan pemasar makanan berkenaan.

Walaupun tidak menerima kesan kesihatan, tetapi pengguna itu masih dibayangi insiden cicak itu sehingga dia tidak lagi mahu membeli apa-apa makanan dalam tin.

Dalam pada itu, pemasar jenama ikan sardin berkenaan telah meminta pengilang untuk melakukan siasatan menyeluruh. – MalaysiaGazette